selamat malam semua,
tika disana sedang mengharungi duka tsunami,
moga kembali tenang dan tidak akan mengambil nyawa ,
dan kembali kepada pangkal jalan.
selamat malam semua,
tika semua negara memberi amaran bahawa,
dia akan datang lagi,
kerana itu ujian yang maha esa.
selamat malam semua,
tika keluarga amat diperlukan,
si kecil yang mula memahami cabaran hidup ini
atas kegagalan kesilapan pada ibu bapanya.
selamat malam semua,
tika perempuan itu ,
membawa diri bersama anaknya,
duka didalam tak siapa deria.
selamat malam semua,
tika diri sendiri tidak berfikir secara normal,
kerana ia menimpa keatas dirinya,
jika dia boleh bertahan.
selamat semua,
jika dimarahi tanpa rasa,
mungkin jua semalam tiada sengketa,
atau diri sendiri yang makan merana..
tiada persoalan,tiada ungkapan,hanya muhasabah diri diatas segala yang tejadi..
moga kita insan biasa menjadi lebih kuat,mengharungi segala dugaan..
0 ulasan:
Post a Comment