rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

i love her




siapa ini??
inilah si demok saya


lalalala...rindu sangat dengan mereka..lambat lagi lah aku balik..stelah apa yang terjadi ini.aku bercita-cita ingin menjadi seorang makusu yang terbaik melayan anak buah yang manyak kerenah..tanpa mereka  takda lah aku nak jadi merangkap ibu kedua,,haha
mostly miss them very much..dan rutin harian bersama mereka

1)kejut..suruh mandi..tapi last2 aku yang mandikan...ngada-ngada lah katakan

2)bawak pergi beli breakfast( nasi lemak ker,roti canai ker)sebab agenda diorang nak benda lain         
sebenarnya

3)kalau agenda lain nak aiskrim or cokelat...sekali mintak,,adehh..tapi time duit aku banyak boleh lah kan
4)tapi satulah,walaupun masih kecil.diorang dua beradik mesti ingat sesama mereka.contohnya:
   adik nak asikrim,nanti ayong pun sekali yer acu...hehe

5)betul juga ramai orang cakap,budak-budak sekarang bijak...lebih memahami apa yang berlaku sekarang..

love you norsalsabiella and nur nabilla balqis

selamat malam

selamat malam semua,
tika disana sedang mengharungi duka tsunami,
moga kembali tenang dan tidak akan mengambil nyawa ,
dan kembali kepada pangkal jalan.

selamat malam semua,
tika semua negara memberi amaran bahawa,
dia akan datang lagi,
kerana itu ujian yang maha esa.

selamat malam semua,
tika keluarga amat diperlukan,
si kecil yang mula memahami cabaran hidup ini
atas kegagalan kesilapan pada ibu bapanya.

selamat malam semua,
tika perempuan itu ,
membawa diri bersama anaknya,
duka didalam tak siapa deria.

selamat malam semua,
tika diri sendiri tidak berfikir secara normal,
kerana ia menimpa keatas dirinya,
jika dia boleh bertahan.

selamat semua,
jika dimarahi tanpa rasa,
mungkin jua semalam tiada sengketa,
atau diri sendiri yang makan merana..


tiada persoalan,tiada ungkapan,hanya muhasabah diri diatas segala yang tejadi..
moga kita insan biasa menjadi lebih kuat,mengharungi segala dugaan..





berita hangat:penceraian

Salam semua,sudah satu hari aku rasa menjadi sedikit dewasa,semalam memang rasa gembira,tapi bagi aku perasaan itu sedikit sebanyak membuatkan diri sendiri berharga.

seperti tajuk diatas,tak pernah nak ceritakan pun.sekadar berkongsi pendapat dan mula berfikir apa nak jadi sekarang ini.

cuba lihat artikel ini:

Amat mengejutkan apabila kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit.  Begitulah kalau berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.
Beliau berkata jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.
“Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul: Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di Putrajaya, semalam.
Seramai 1,200 penjawat awam hadir pada seminar itu dengan anggota panelnya terdiri daripada pakar motivasi Datuk Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah Datuk Fatma Zahrah Mohd Ramadan.
Mashitah berkata Jakim akan memperbanyakkan lagi program-program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta pengurusan ekonomi keluarga.
Setakat ini, Jakim telah menganjurkan sebanyak 900 program kekeluargaan dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri dalam usaha untuk memperkasakan institusi rumah tangga, katanya.
Dalam perkembangan lain, Mashitah berkata Jakim masih memantau pergerakan saki baki pengikut ajaran Al-Arqam yang didakwa mengadakan perjumpaan dikenali sebagai ”Sidang Parlimen Roh” selepas kematian pengasasnya Ashaari Mohamad atau Abuya pada 13 Mei tahun lepas.
“Kita masih mengikuti apa yang mereka buat. Jadi minta kepada rakyat supaya berhati-hati dan tidak mengkuti kepada ajaran itu,” kata beliau.

oleh:kulanz

Kadar Penceraian & Punca Terbaru Dikesan

 

KUCHING: Ada sesetengah lelaki yang bergelar suami sanggup melepaskan isteri masing-masing selepas mendakwa wanita dinikahi tidak lagi kelihatan menarik dan cantik seperti ketika mereka berkenalan dan melangsungkan perkahwinan dulu.

Mereka menganggap perubahan wajah dan penampilan wanita terbabit memaksa mereka mencari pengganti sehingga menyebabkan rumah tangga dibina mulai goyah, malah ada yang membawa kepada perceraian.

Perkara ini didedahkan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abd Rahman yang memberitahu, kadar perceraian di kalangan pasangan Islam di negeri ini semakin meningkat saban tahun disebabkan ada suami menganggap isterinya tidak cantik apabila mencapai satu tempoh.

Meskipun tidak menyatakan statistik membabitkan kes perceraian, beliau berkata, kebanyakan kes perceraian membabitkan pasangan muda berusia 20 hingga 25 tahun.

“Mereka berkahwin pada usia muda iaitu bawah 20 tahun atau sebaik selepas tamat persekolahan. Kadar perceraian meningkat seiring peningkatan kadar perkahwinan terutama di kawasan bandar seperti di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu.

“Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) mendapati berlaku peningkatan jumlah kes cerai di kalangan pasangan Islam dan kami memanggil mereka untuk memberi kaunseling, namun dalam kes tertentu, ada pasangan enggan menerima nasihat kami,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengagihan Daging Korban di Surau Kolong Dua, Matang, dekat sini, semalam.

Beliau berkata, mereka perlu ingat, ada antara pasangan berkahwin pada usia muda dan bercerai selepas dua ke tiga tahun mempunyai anak kecil yang memerlukan perhatian serta penjagaan rapi. Katanya, maklumat diterima Jais mengatakan ada antara pasangan muda baru berkahwin tidak mempunyai pendapatan tetap, malah tidak bekerja.

Read More at : http://www.lovelyshafa.com/2010/11/kadar-penceraian-punca-terbaru-dikesan.html#ixzz1FzNx3200



fikirkanlah,
kadang-kadang ini takdir Allah ataupun hati manusia yang tidak tetap.kerana Allah s.w.t membenci penceraian


 

rindu kat awak lah sayang

Assalammualaikum..
hari ini,lagi beberapa minit nak masuk tarikh 3/3/2011
entahla,aku hanya nak bercerita seorang pangkat adik,kawan,dan segalanya tentang dia

dia:NORNADIAH HIDZER
tak salah aku lah namanya begitu..hehe
dia seorang yang baik,muda setahun dari aku, macam budak-budak (dari segi pemerhatian aku beberapa tahun yang lalu sebab aku dah lama sangat-sangat tak jumpa dia ini,
seorang yang comel,suara budak-budak dan berkongsi bulan yang sama dengan tarih lahir aku.
dia anggap aku sebagai kakak dia.almaklumlah kami rapat  sangat-sangat.

Nadiah
rindu kat nadia,
dah lama sangat kan tak jumpa,

dia bakal jadi doktor,
dan aku bakal nurse,
mesti ingat,apa kata kita adakan satu cawangan klinik..hahaha
ohh tidak..
birthday dia:8mac 1990
hehe,selang satu hari jer ok,
insyaallah,kita akan jumpa..
tak sabar nyer....

gembira hari itu

Assalammualaikum..
hari ini,pukul 11.47malam
bersamaan 1Mac 2011,

kira-kira semalam punya semalam atau maksudnya:27 febuari 2011,mereka telah mengenakan aku tanpa perasaan ingin tahu..hehe
mereka telah merancang sambut hari tua aku seminggu awal ler,,
selalunya aku akan dapat menjangkakan setiap apa perancangan mereka,tapi tak tahulah macam mana tak boleh perasan plakss..haha
kata kak mal:teha,jom kita makan ABC..aku ulang ya,Air batu Campur...santai-santai sahaja...
aku pun telah bersetuju untuk ikut minum..sedap kan...huhuhu..
yang pelik pulak suzila samsuri itu telah meminta aku order nasi +tomyam daging taknak udang sebab alah..???ha???
dan kerana rabun yang tahap tak persana orang,aku hanya nampak BALKIS NORDIN, dan merasa pelik ketika dia hanya tersenyum disamping IZZATI HUSSIN,dan SUZILA SAMSURI..bersama dengan aku yang tidak ada perasaan EZZATI AINI dan NORJAMALIAH..
Adoiii..macam mana lah boleh tak perasan..hehe
takpelah,cuma satu sahaja ,terima kasih kawan-kawan..korunk memang terbaik
sayang semua......


kaki kami memang cantik..haha

kek teha yang meningkat usia..

muka tersenyum ala-ala blurr..hehe

keriangan mereka dapat menipu

cumil kan mereka??

nama dia nutty...

yang penting cincin ada..hehe

agak kecomelan terserlah???