Assalammualaikum...kiranya dah lama aku tak tulis apa-apa tentang berlaku sekarang..kalau nak cakap mood under control..insyaallah aku boleh..aku bukan seaktif blogger yang lain ..sahaja mengisi masa lapang..
aku hanya nak ungkapkan perkataan sayang...SAYANG?Sssayang??
pernah rasa kan??
antara ayatnya:
1:awak sayang saya???
2:sayangnya,dia tak dapat lakukan
3:sayang,sayang,sayang kat sayang tidak??
4:pentingkah kasih sayang itu pada hidup seseorang??
okey,ini hanya formal apa yang aku fikirkan.tak kira lah kasih sayang antara ibu bapa,adik-beradik,sahabat handai,dan mungkin seseorang yang bermakna buat hidup anda..
ya,tapi kita lupa,lupa pada kasih sayang tuhan,yang memberi rahmat pada kita,rezeki pada kita..itu sebenarnya kasih sayang kita..
kadang-kadang kita lupa,kasih sayang dari ALLAH S.W.T lebih bermakna dari segalanya.
aku belajar dan terus belajar..sebab aku tahu aku tak sempurna,tak dapat memahami diri orang lain,tak dapat membahagiakan orang lain..cuma yang aku percaya,aku perlu ada kepercayaan diri sendiri,usaha dan belajar untuk redha terhadap ketentuannya..
Salam MAALHIJRAH untuk semua..setiap yang berlaku ada khimahnya..
mak:terima kasih sebab memahami anakmu yang masih diawangan dalam melakukan setiap
kesalahan...doa ibu adalah terbaik untuk anaknnya.
abah:tiada kata selain mengucapkan terima kasih diatas membesarkan aku dalam mengejar cita-citaku..kasih sayangmu terpahat dalam hatiku.
kakak:walaupun aku tahu dugaan yang menimpa pada mu,sebagai adik,aku sentiasa ada disisi mu sehingga akhir hayatku sendiri..
abang-abang:kadang-kadang susah kita nak ungkapkan rasa sayang.tapi percayalah,aku adik dan kau semua abang-abang..sentiasa dalam hati.
kau yang bernama sahabat:tidak kira kau yang mengenali aku dari umur 6 tahun..sehingga sekarang..yang pernah menyakiti..dan disakiti..perjalanan hidup kita harus diteruskan...yang menerima aku seadanya.yang memahami diri aku seihklasnya.yang tahu kelemahan aku seadanya..yang mengetahui siapa sebenarnya aku..terima kasih..tuhan sahaja dapat membalasnya..
dan aku hanya bersandarkan harapan dalam mengharungi liku-liku hidup..kasih sayangku tak terbatas..walaupun aku disakiti..sebab aku percaya...tuhan itu ada...salam maalhijrah...